Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu. Mengapa? Mari kita fikir....
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Akan tetapi senaman Yoga menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka (hindu) dengan tuhan..
Jadi mengapa ramai yang mempertikaikan hal ini, Islam juga mempunyai sistem senaman yang paling baik iaitu SOLAT. Sebagaimana Yoga boleh mengosongkan Jiwa & fikiran, solat juga boleh menenangkan Jiwa & fikiran iaitu dengan KUSYUK. Tak perlu lah kita nak patah& lipat anggota badan kita kesana-kesini. Lagipun dengan solat, terlalu banyak kebaikannya. Anda semua pun arif tentang kelebihan solat. Jadi sama-samalah kita mengamalkan 'senaman agung' kita ni...
Fikir-fikirkan lah mengapa kita solat 5 kali sehari. Apa kelebihannya. Orang Barat banyak buat kajian ttg kelebihan Solat, tetapi mengapa Orang Barat & tidak kita sendiri yang buat kajian. Fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment