Thursday, April 9, 2009
Setiap yang baik pasti ada yang buruk..sama la juga dengan kehidupan ini..hari cerah pasti ada redupnya.siang pasti diganti malam.samalah kita manusia.Ada saat gembira dan sedih.orang lain melihat orang mukmin ini sebagai yang pelik.nikmat yang diterima disyukuri dan musibah yang datang diterima dengan rela hati..sikap ini seperti membuat minuman manis dari limau yang masam.
hidup kita umpama segelas limau yang masam.andai diletakkan lebih gula hilanglah sifat kemasaman limau dan ia bukan lagi segelas limau tetapi segelas air gula.hidup tanpa derita bukanlah hidup yang sempurna.Musibah yang datang melanda itu kadang-kala mematangkan hidup kita.yang manis itu tidak selalu indah dan yang pahit itu tidak semestinya tidak elok.
SELAMAT DATANG KE KEMENTERIAN PELAJARAN
|
|
|
Wednesday, April 8, 2009
Kehidupan ibarat sebuah bahtera
Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali Karamallah Wajhah
Monday, April 6, 2009
DOA APABILA MULA BELAJAR
Yoga & Aqidah Islam
Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu. Mengapa? Mari kita fikir....
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Akan tetapi senaman Yoga menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka (hindu) dengan tuhan..
Jadi mengapa ramai yang mempertikaikan hal ini, Islam juga mempunyai sistem senaman yang paling baik iaitu SOLAT. Sebagaimana Yoga boleh mengosongkan Jiwa & fikiran, solat juga boleh menenangkan Jiwa & fikiran iaitu dengan KUSYUK. Tak perlu lah kita nak patah& lipat anggota badan kita kesana-kesini. Lagipun dengan solat, terlalu banyak kebaikannya. Anda semua pun arif tentang kelebihan solat. Jadi sama-samalah kita mengamalkan 'senaman agung' kita ni...
Fikir-fikirkan lah mengapa kita solat 5 kali sehari. Apa kelebihannya. Orang Barat banyak buat kajian ttg kelebihan Solat, tetapi mengapa Orang Barat & tidak kita sendiri yang buat kajian. Fikir-fikirkanlah...
Friday, April 3, 2009
Doa agar dijauhi sifat lalai
KETERANGAN AYAT
Ibnu Abi Hatim, Abu al Sheikh meriwayatkan daripada Nauf al Humairi berkata, apabila Nabi Musa memilih 70 orang daripada kaumnya untuk menuju ke tempat yang diperintahkan Allah, maka Allah telah mengatakan kepada Nabi Musa a.s; "Sesungguhnya Dia telah menjadikan bumi tempat yang suci untuk beribadat dan dijadikan ketenangan dalam rumah mereka serta dijadikan Taurat itu boleh dibacakan secara hafaz oleh setiap golongan Bani Israel."
Tiba-tiba golongan Yahudi itu mengatakan: "Kami tidak mahu bersembahyang melainkan di biara sahaja. Kami hanya mahu ketenangan itu ada dalam keranda Nabi Yusuf a.s dan kami hanya mahu membaca Taurat dari tulisan yang tercatat atas buku."
Malah kaum Yahudi juga meminta untuk melihat Allah secara live (langsung) sebagai alasan untuk beriman (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 155-156, surah al-A'raf).
Nabi Musa a.s tidak ada pilihan melainkan mengingatkan umatnya terhadap bahaya mengingkari suruhannya Allah. Baginda lalu memohon kepada-Nya keampunan dan kebaikan dunia dan akhirat.
Khasiat dan kaifiat beramal
Doa ini wajar dipanjatkan ketika melihat keadaan umat yang lalai daripada mengikut petunjuk Allah SWT. Ini tidaklah bermakna kita meninggalkan kerja-kerja dakwah dan hanya berdoa dengan ayat ini semata-mata.
l Petikan buku 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran Khasiat & Kaifiat Beramal terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.